Petikan dari ceramah Ustaz Abdullah Mahmud
Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu
* Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita.
Kita adalah di bawah siksa Allah bila masa ada
masa untuk buat benda tak baik tapi tak dak masa nak buat yang baik
* Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah
* *** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2
jangan jatuh air mata ye & anak jangan bagi ibu jatuh air mata.
Menangis kerana anak berjaya&bukan sedih kerana angkara anak
* Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu,
sebab wajah orang tidur akan menampakkan
segalanya
* Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka
Ø Melihat kaabah sehingga menitis air mata
Ø Membaca quran sehingga menitis air mata
Ø Memandang wajah ibu yg sedar/tidur hingga berlinang air mata
* 3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup,
tengok masa tidor!
Ø Anak
Ø Ibu
Ø Suami
Selingan:kata ustaz kalau kita ada berselisih faham dgn suami
sampai nak bercerai,tgk laa muka bila dia tidor
kalau masih terbit perasan kasih,sayang, cinta, rindu
atau simpati, janganlah bercerai
tapi jika tiada rasa tu semua
maksudnya jodoh dah memang takde,
boleh proceed pi mahkamah
* Org yg selalu menatap & memandang ibunya
takkan menangis di hari kematian ibunya
… kira tak menangis teruk laa
..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu
* Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk
untuk menujukkan sesuatu pada ibu
* Kalau ada niat yang baik teruskan laa..
Allah akan bersama, jangan takut
* Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi
e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai
* *** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat
yang terbaik,
Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat
letakan ibu kita di tempat yang terbaik
* Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah,
“ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk
makbulkan doa kita.
Kaedah tu dipanggil “wasilah amal”
Ø “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1,
kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab
makbulnya doaku ini”
Ø *** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab.
Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan
kalau yg dituntut tadi adalah hal hal yang berkaitan
kebaikan yang dibuat kepada ibu kita
Ø Tapi geng kalau sedekah RM1 takkan nak tuntutkan
* Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah
* Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,,
then cakap dengan Allah
Ø “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini”
Ø “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini”
Even suapkan anak pun kita boleh tuntut,
apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukkan.
* *** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang
buat ibu yang sudah meninggal
maka dikira dia anak derhaka
walaupun pada waktu ibunya hidup
dia tak pernah menderhaka.
Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada,
selepas setiap solat kita mesti doakannya!
* Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati.
Jadi doakan ibu kita telah tiada!
* *** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup
Ø Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket
..sedeh gak laa
.. pi ke pusara mak kita cakap
..“Mak, esok anak saya nak kawin,
kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kawinkan”
atau “bapa,saya nak kawin esok, kalau bapa ada,
pasti bapa akan gembira tengok sayakan
..” Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada
kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan
kita dari sana.
* Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam!
Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam,
mereka akan kata “celakahlah orang ini”
Jadi, jangan lupa bagi salam next time
* Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain
simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan
* Sesiapa yang bersedekah selalu,
takkan miskin orang itu selamanya..
* Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah
kerana dalam duit kita tu ada hak org susah.
Jadi bila orang buta datang masa makan,
bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat
susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini
untuk kita dapatkan pahala!
* *** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada
peruntukkan wang untuk dia,bila mak kita dah takde
teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah.
Jangan kurangkan peruntukkan!!
“Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku,
semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”.
Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana.
* Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita
baru kita ringan tangan nak bersedekah
* *** Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk
untuk beri syurga pada anak anaknya.
Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya.
Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit,
berebutlah menjaga ibu/bapa kita.
Besar sangat pahalanya.
* Allah kalau boleh tak nak kita masuk neraka jadi Allah tak kan matikan
seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa
jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin
untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita
Selalu Bergaduh Dengan Ibu
* Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu,
ada kemungkinan kita diganggu saka
Ø Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak.
Dukung bayi,susu bayi
selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi,
selalu sakit tulang belakang
tulang belakang bengkok
rasa mengantuk selepas asar
Ø Saka dipindahkan melalui Kasih sayang
Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan
Amalan
Sentuhan
Ø Symptom dah terkena saka
v Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena
v Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita,
tgh malam selalu lapar
v Susah nak dapat anak, senang gugur
v Ada rasa kelibat orang lalu
v Yang lagi parah,
saka bersetubuh dgn kita,
mengandung tapi anak hilang dalam kandungan
jadi bila nak berintim,bercakap laa sedikit
kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang
dalam keadaan diam
Ø Cara hilangkan saka,
Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis,
insyallah saka akan cair dan keluar dari badan
* Antara penyakit saka adalah breast cancer,
cancer rahim and cancer tulang.
* 3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang
dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia.
Kalau dapat ni pi laa perawatan cara islam jugak.
* Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan
* Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas..
“Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari
Anak Lari Dari Rumah
* Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger
dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas
setiap hari
* Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita,
insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya
Anak Degil
* *** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
Ø Ni seram sket masa nak buat hehehe..
mula2 je lepas tu ok..
e.g. Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik,
roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa,
roh yang taat pada Allah,
roh yang sayang sesama manusia
You can ask anything! Nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.
So info dah disampaikan, marilah kita sama2 praktikkan mana yang bolehkan.
No comments:
Post a Comment