Monday, December 13, 2010

Bagaimana Anda dan Mereka....

Sabda Rasulullah s.a.w.



"Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun.

Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa.

Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat.



Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)"

dimana yang nak dipukul tu?

Tapakkakinya.....

bukan muka,

punggung,

telinga

dan

ditempat-tempat

yang sensitif... .



itu salah...





"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah.

Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.



Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan .

Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka".



Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama,

latih cium tangan

dan

peluk penuh kasih

dan

sayang,

maka mereka tidak akan tergamak menderhaka .



"Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan.

Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam.

Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya.

Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah.

Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.

"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.

Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur,pergi bilik dan cium dahinya.

Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup







DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL



Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah.

Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua,

bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar.



Sayyidina Umar berkata,

kanak-kanak tidak berdosa

dan

doa mereka mudah diterima.



Begitu juga dengan Rasulullah,

kalau berjumpa anak-anak kecil,

Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa.

Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah.



Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengahorang tua kurang bercakap dengan anak-anak.

Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan.

Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai.

Kepada kawan tempat mereka mengadu,

bila jumpa kawan baik tidak mengapa,

tetapi jumpa yang samseng,

ia sudah tentu membawa padah.



BERTAUBAT SEBELUM MELARAT



Jika Allah menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat.

Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka?



Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya.

Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka.

Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah.

Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.





Allah maha pengampun dan luas rahmatnya.

Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat.

Hidup tidak tenteram atau bala turun.

Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari.

Misalnya tayar kereta pecah,

jangan lihat dengan mata kasar,

selidik apa salah yang telah kitabuat hari ini.



Pertama bagaimana hubungan kita dengan Allah, jika semuanyabaik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar.

Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."





HUBUNGAN DENGAN BAPA



Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak.

"Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu.

Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa.

" Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati.

Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka.

Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita.

Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."





USAH DERHAKA KEPADA MENTUA



Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri.

Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak.

Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga?

"Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya.

Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.





Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri.

Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.



"Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami.

Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya.



"Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu.

Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail.

Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati.

Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru.



Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan.

Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan.

Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.



Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners.

Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers Adalah mudah iaitu:-



Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.

Tips;



1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik.

Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak andamalu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).



2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari

(Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)



3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang

(Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)



4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan

(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).



5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan

Mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.



6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga

(Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).



7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlahtuan/puan mengeluh.

Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.



8. Dengarlah cerita anak anda.

Cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang.Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)



9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .



10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri .

Mereka akan menirunya.



11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.

Sediakanlah hadiah hari jadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar mengharga iorang lain).



12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar.

Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.



13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka .

Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.



14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda.

Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.



15. Hargailah permainan kesayangan anak anda.

Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda.

Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak.

Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.



16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,



17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna.

Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.



18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah.

Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.



19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.



20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

Friday, December 3, 2010

Minyak...lihat apa kata mereka...

(Yg copy n paste dr dupahang)

Apa punya kerajaan, langsung tidak bertanggungjawab serta lepas tangan. Bagaimana kenaikan harga petrol bukan tanggungjawabnya tetapi ‘tanggungjawab pasaran’. Senang dan mudahlah menjadi menteri kalu macam tu. Alasan kerajaan tidak bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kenaikan harga minyak petrol Ron 97 sebanyak 5 sen mulai hari ini.

Baguslah sebelum menjelang hari pembuangan undi di PRK Galasa dan Batu Sapi Sabah esok. Setidak-tidak rakyat perlu disedarkan. Justeru tindakan rakyat yang sedar, dalam usaha mereka ini serta ikhtiar terakhir rakyat sila kuburkan Bn Umno di Galas dan Batu Sapi.

Semakin hari kerajaan kita semakin bertindak keterlaluan. Bangunan 100 tingkat mahu didirikan juga, walaupun 2 pelantar rumah air di Batu Sapi roboh.
Pasaran Yang Tentukan Kenaikan Harga Minyak Petrol RON97

Tetapi Kerajaan Beri Jaminan RON 95 Tak Akan Naik Dalam Tempoh Terdekat – Ismail Sabri

PETALING JAYA: Kerajaan tidak betanggungjawab terhadap kenaikan harga minyak petrol RON97 kerana harga bahan mentah itu dikawal sepenuhnya oleh pasaran terbuka. Bagaimanapun kerajaan memberi jaminan harga minyak RON 95 tidak akan naik dalam tempoh terdekat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kenaikan RON97 ditentukan oleh syarikat pengeluar minyak.

“Turun naik harga minyak petrol RON97 dikawal sepenuhnya oleh pasaran kerana ia merupakan barangan yang diapungkan di pasaran terbuka. Kementerian Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kenaikan harga RON97.

“Kami hanya memantau kenaikan harga minyak petrol bersubsidi, RON95 dan diesel sahaja,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenaikan harga petrol RON97 sebanyak 5 sen mulai hari ini.

Harga bahan mentah tersebut kini RM2.15 seliter. Bagaimanapun harga pertrol RON 95 dan diesel tidak berubah. Tidak seperti sebelumnya, tidak ada pengumuman dibuat mengenai kenaikan tersebut.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, orang ramai tidak perlu risau mengenaikan kenaikan harga minyak petrol RON97 kerana ia hanya digunakan oleh pelancong asing dari Singapura dan Thailand serta pengguna kereta mewah seperti Mercedez dan Ferrari.

“Rakyat juga tidak perlu risau kerana kerajaan juga tidak ada perancangan untuk menaikkan harga minyak RON95 dalam tempoh terdekat,” katanya.

Ditanya mengapa kenaikan harga bahan mentah tersebut tidak diumumkan oleh kerajaan, Ismail Sabri berkata: “Keputusan menaikan harga RON97 ditentukan oleh pasaran dengan persetujuan syarikat pengeluar minyak. Kerajaan tidak campurtangan dalam soal penentuan harga.”

Mengenai tindakan mewajibkan papan tanda bagi memaparkan harga semasa petrol di semua stesen minyak di negara ini, beliau berkata tindakan tersebut terpulang kepada pengusaha stesen minyak dan kerajaan belum mempunyai cadangan untuk mewajibkannya ketika ini.

“Perkara itu terpulang kepada pengusaha stesen minyak. Setakat ini kita lihat belum ada keperluan untuk kerajaan mewajibkan papan tanda harga dipaparkan di setiap stesen minyak,” katanya.

Khabar angin mengenai kenaikan harga RON 97 itu tersebar sejak tengahari Isnin dan kenyataan tersebut disahkan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe ketika dihubungi oleh beberapa akhbar pada Isnin.

Ini adalah kenaikan pertama harga minyak selepas kenaikan pada 15 Julai tahun ini, yang bertujuan untuk mengurangkan beban subsidi kerajaan.

Hihihi… dulu bukan main kutuk penulis. Bertali arus puak UMNO bagi komen. Apa diaorang tak kata. Gajah rimau… fitnah. macam-macam ah!. Hah sekarang macamana? Kan dah kata kerajaan BN prihatin. Sekali PM demam, 5 sen minyak naik. Strategi Haji Bakhil bin Haji Kedekut.

Perangkap yang dipasang, hari ini baru bingkas. Jerat sudah kena. hihihi… Penulis menunggu puak UMNO nak kutuk apa lagi???

ini dia posting tu.. saje penulis ulang semula. Sebab melayu mudah lupa… di tulis lepas raye puasa. Kini bingkas… sebagai hadiah Hariraya Adha. Tanda terimakasih kerajaan buat orang India sempena Deepavalli.

Minyak naik lagi! BN pencekik dalam senyap. Kita ada hanya 2 pilihan!

Siapa perasan? Siapa yang sedar? Mungkin taukey minyak tahu. Sibuk sangat kita dok bace kisah Datuk Sosilawti kena bunuh, kena songlap duit berjuta, rupanya kerajaan BN dalam senyap menaikkan harga minyak masa dekat raya baru-baru ini. Kerajaan BN dah macam penyamun tarbus. Rakyat sedang sibuk berposa. Sedang sibuk menguruskan persiapan raya. Sedang memandu untuk pulang berhari-raya… alih-alih tup! Dinaikkan minyak.

Takde sepatah haram pun berita dalam surat khabar ke? Pengumuman di Media TV akhbar ke? Yang ada pengumuman Hari Raya lepas tu dok pusing sampai hancur cerita pembunuhan kejam Datuk Sosilawati. Tapi tahukah kita Kerajaan BN ini menjadi pencekik darah secara senyap. Para pemimpin membuat keputusan dan tindakan dalam selimut seolah-olah Negara ini mak bapak dia yang punya. Apa peduli dia kepada kesusahan rakyat.

Bagi Umno apa dia kisah harga minyak naik ke tidak. Penulis sendiri pun dok isi minyak tak perasan. Itupun setelah sahabat memberitahunya dan ditunjukkan resit pembayaran minyak samada diesel dan petrol sudah dirembat oleh Kerajaan BN kenaikan 0.5 sen setiap satu liter.


Bagi penyokong UMNO mungkin tak kisah. 5 Sen pun bising ke? Tetapi berapa banyak penggunaan minyak sehari di Malaysia? Jika merujuk Statistical Review of World Energy yang dikeluarkan oleh British Petroleum, penggunaan minyak di Malaysia juga menunjukkan peningkatan sehingga 499 ribu tong sehari pada tahun 2006. Sekarang 2010 sudah pasti dah lebih. Letaklah 500ribu tong sehari X 159 X 5 sen ( 1 tong = 158.987 liter). Hah RM 3975000!

Tapi siapa yang sedar? NGO PROTES yang selalu protes harga minyak naik pun tak sedar. Apatah lagi penyokong UMNO.Bagi pendokong UMNO memang bersyukur dengan segala tindakan pemimpinnya mungkin sujud syukur kot. Nak cari macammana pemimpin bijak seperti pemimpin UMNO-BN yang memerintah kini. Kalau tanya pemimpin UMNO pasti jawapannya: “RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik.” Hah… nasib ko le Labuuu….

786 Meaning

Ketika keajaiban matematik Quran ditemui oleh Dr Khalifa pada tahun 1970-an, dunia Islam memperlakukannya seperti pahlawan. Dia diundang untuk tampil di acara TV dan Radio banyak memberikan ceramah. Berita tentang keajaiban diumumkan dalam surat khabar dan majalah di dunia Islam. Keajaiban matematik dari Quran yang termasuk dalam kelas Islam mengajar di beberapa Universiti Islam. Banyak cendekiawan Muslim terkenal cuba untuk menjadi sebahagian daripada itu dengan menulis tentang hal ini dan membincangkannya di acara talk show atau kelas.

Dr Khalifa kemudian menyatakan kebenaran dan keyakinannya bahawa keajaiban Quran juga menegaskan bahawa Quran sendiri adalah satu-satunya sumber bagi hukum agama dalam Islam. Hal ini menegaskan juga bahawa hadis dan buku-buku Sunnah rosak melampaui keyakinan dan tidak lebih dari nilai bersejarah mereka. Sebuah nilai yang mencerminkan banyak kesalahan, inovasi dan distorsi dari Islam yang sebenarnya. Sejak itu, para ulama yang sama yang dipuji Dr Khalifa untuk penemuan keajaiban menyerangnya, pandangan dan cuba untuk mendiskreditkan keajaiban matematik dari Quran.

Salah satu teknik yang mereka gunakan dalam usaha mereka untuk mendiskreditkan keajaiban dari Quran, adalah pertikaian jumlah huruf dalam Basmallah (Bismillah) (ayat salah satu surah yang pertama) (1:1). Mereka gagal untuk memahami bahawa mukjizat matematik Quran tidak pernah bergantung pada satu faktor sahaja dan beberapa penemuan besar tidak mempunyai pergantungan apapun pada huruf tetapi lebih pada nombor-nombor yang digunakan dalam Quran. Para ulama demikian mendakwa Basmallah tidak mengandungi huruf sembilan belas berharap untuk menghancurkan keajaiban dari Quran dan kredibiliti Dr Khalifa, ia memperoleh dari struktur matematik. Pertemuan dari beberapa ulama yang paling menonjol diadakan di Arab Saudi dan selepas perbincangan panjang mereka menyatakan bahawa mereka tidak benar-benar mengetahui berapa banyak huruf dalam Basmallah. Menurut mereka, jumlah surat boleh 21 atau 23 tetapi TIDAK 19. !!

Namun, dalam beberapa tahun terakhir dua terkenal, bekas Pengarah Islamic Center di Washington DC dan lain-lain pengarah Islamic Center Orange county, California menjawab pertanyaan tentang arti 786 yang biasanya digunakan untuk menunjukkan dengan Basmallah (Bismillah). Keduanya menjawab atas kebenaran menyedari atau dilupakan usaha dahulu, oleh Muslim tradisional yang terkejut dengan keajaiban Al-Quran dan ulama yang lain di di Arab Saudi, untuk menyatakan Basmallah sebagai memiliki "tidak diketahui jumlah huruf". Para pemimpin tanpa berfikir, dipaksa oleh Allah SWT untuk bercakap kebenaran bahawa jumlah huruf dalam Basmallah adalah sembilan belas. Ini adalah salah satu pertanyaan yang masih diposting di salah satu papan perbincangan Pakistan.

A 2. "786" adalah nilai total huruf dari "Bismillah al-Rahman al-Rahim". Dalam bahasa Arab ada dua kaedah surat menetapkan. Salah satu kaedah adalah kaedah yang paling umum dikenal sebagai kaedah abjad. Di sini kita bermula dengan Alif, ba, ta, tha dll Kaedah lain adalah yang dikenali sebagai kaedah Abjad atau kaedah ordinal. Dalam kaedah ini setiap huruf memiliki nilai geometri yang ditugaskan untuk itu 1-1000. Surat-surat disusun dalam urutan sebagai berikut: Abjad, Hawwaz, Hutti, Kalaman, Sa'fas, Qarshat, Sakhaz, Zazagh. Kerjasama ini dilakukan, kemungkinan besar dalam abad ke-3 Hijrah selama 'tempoh Abbasiyah, seterusnya Bahasa Semit lain seperti Phoenicia, Aram, Ibrani, Syriac, Kasdim dll

Jika anda mengambil nilai berangka dari semua huruf dari basmalah, menurut urutan Abjad, total akan 786. Di anak benua India nombor Abjad menjadi sangat popular. Beberapa orang, sebahagian besar di India dan Pakistan, gunakan 786 sebagai pengganti Bismillah. Mereka menulis nombor ini untuk mengelakkan penulisan nama Allah atau ayat Al-Qur'an di atas kertas biasa. Tradisi ini bukan dari masa damai-Nabi saw-atau-nya sahabat. Ini dikembangkan lama kemudian, mungkin selama tempoh Abbasiyah kemudian '. Kita tidak tahu dari Imam bereputasi atau fukaha yang menggunakan nombor ini bukan Bismillah.

Isu Tanah Dipajak

Ermm...beb..nie aku jumper semaser merayau rayau di alam maya... :(

1) 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada g...ergasi KLK... (KL Kepong) di Lekir, Manjung.

2) 5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)

3) 200 ekar tapak kilang simen Perak Han...joong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!

4) Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).

5) 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.

6)Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.

7) Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.

8) 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.

9) 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vicent Tan untuk projek perlancungan.

10) Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.

11) 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.

12) Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.

13) Kampung Chubadak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.

14) Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)

15) Pengkhianatan MELAYU kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% .....ermmm

Wednesday, December 1, 2010

Hukum Bermain Kuiz Dalam FaceBook..

Terlalu ramai yang bertanya apakah hukum bermain,membuka akaun facebook.Alhamdulillah,masih lagi yang berminat untuk mengetahui hukum halal haram dalam sesuatu perkara.Dan telah dijawab oleh pelbagai pihak maka rumusanya adalah hukum bermain facebook harus selagi mana facebook tidak terbukti menggunakan pengaruh menyumbang dana kepada Yahudi untuk menyerang umat Islam dan pelbagai lagi hujah untuk menyokong harusnya menggunakan facebook.

Tetapi,saya tidak mahu membincangkan perkara tentang ini,kerana ada satu lagi hukum yang mana masih ramai lagi dalam kalangan kita tidak perasan tentang perkara ini,sehingga ustaz-ustaz dan ustazah pun turut serta bermain permainan ini.Iaitu permainan kuiz meneka nasib pada masa hadapan dan membaca peribadi melalui horoscop serta pelbagai permainan kuiz yang ada unsur-unsur ramalan.Mungkin ramai yang memandang enteng tentang perkara ini kerana bertanggapan hanya itu hanyalah suka-suka.Tetapi,harus diingat tentang hukum-hakam tidak ada yang suka-suka dan boleh dipandang ringang!Sebagai contoh kamu mahu membuka aurat kerana fesyen dan suka-suka sahaja.Jika dihadapan Allah,mampukah kamu menjawab saya hanya membuka aurat kerana suka-suka sahaja?

Tidak boleh dinafikan lagi permainan kuiz meneka nasib dan membaca bintang ini melimpah ruah dalam facebook.Jadi,apakah HUKUM bermainnya?

Perkara ini sudah lama dibincangkan oleh ulama’ dan ahli-ahli agama.Cuma,kita yang tidak mengetahui perkara ini.

SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.

Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang.

Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad.

Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.

'Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam,' katanya.

Mari kita perbincangkan dalil-dalil:

1.Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 'Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari.'

2.Surah AN-NAHL AYAT 105
Wajhu dalalah disini mengajak kita menghindari perbuatan menjumpai tukang tilik dan tukang ramal kerana Allah memberi amaran tentang golongan itu.Tukang tilik dan tukang ramal itu kita boleh kiaskan kepada kuiz meneka nasib di facebook.

3. Sekiranya kita menyemak firman-firman Allah S.W.T. di dalam al-Qur’an maka kita dapati terciptanya bintang-bintang di langit dan pergerakan-pergerakannya bukan berperanan untuk menentukan kebaikan atau keburukan perjalanan hidup makhluk Allah S.W.T di atas muka bumi ini. Peranan bintang-bintang adalah sebagai perhiasan di langit, penunjuk arah perjalanan dan sebagai pelempar syaitan.Bukanya bertujuan untuk kita meneka nasib.
Ini adalah sebagaimana yang diperjelaskan oleh Allah S.W.T. melalui firman-firman-Nya:

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang. – al-Mulk (67) : 5

Dan (Dia mengadakan) tanda-tanda panduan jalan, dan dengan bintang-bintang (pada waktu malam) mereka dapat mengetahui arah yang hendak dituju. - Al-Nahl (16) : 16
4.Dalam jual beli sekalipun Rasulullah s.a.w tetap melarang apa-apa jual beli yang berkaitang dengan nasib,sekalipun uruf masyarakat arab pada masa itu berpegang kuat dengan jual beli itu.Seperti bai’ munazabah,bai’ hisoh dan lain-lain.

5.Masyarakat arab zaman jahiliah sebelum bermusafir,mereka mencabut undi kertas yang tertulis pergi atau tidak pergi.Jika mereka mencabut pergi,maka mereka akan pergi begitulah sebaliknya.Di sini,juga terdapat unsur menaruh nasib dan Rasululllah tetap melarang perkara ini.

6.Surah At-taubah ayat 51.Ayat ini menerangkan tentang segala nasib kita hanyalah Allah yang tentukan,bukanya kuiz mahupun tukang tilik.

Kesimpulanya,Islam melarang keras pengikutnya membuat perkara-perkara yang bergantung dengan nasib,dan ramalan-ramalan.Harus diingat peminat facebook sekalian.Tuan empunya lamanweb ini adalah orang Yahudi ternyata pelbagai agenda dan propaganda yahudi yang tersirat kita tidak ketahui.Terlalu berat untuk saya katakan bahawa hukum bermain kuiz horoscop,ramalan nasib adalah haram.Tetapi,berdasarkan dalil-dalil di atas yang jelas dan saya merasakan juga tidak ada satu maslahat dan apa-apa faedah juga jika kita bermain kuiz itu.Saya bermaksud jika kita tinggalkan permainan kuiz itu,tidak ada apa-apa mudharat pun.Malah,saya melihat terlalu banyak lagi hiburan seperti game,kuiz-kuiz lain kita boleh sertai untuk menggantikan kuiz ramalan nasib itu.Janganlah disebabkan kelalaian kita,sudah termasuk jerat Yahudi laknatullah.Saya berpesan supaya kepada peminat-peminat facebook supaya lebih BERHATI-HATI....

Jika,ada ustaz-ustaz yang berpendapat lain daripada saya ataupun ada dalil yang lebih jelas lagi,saya seru supaya kita sama-sama berdakwah dan menerangkan kepada masyarakat tentang hukum sebenar.Wallahualam