Thursday, March 29, 2012

'Change A Mind, Change A Life

Ingatlah tentang pepatah “a good leader is also a good follower”. Tanpa dukungan dari follower, mustahil leader akan berhasil. Akan sulit bagi kita untuk mengatakan bahwa seseorang adalah pemimpin yang baik, apabila ia juga tidak bertindak sebagai pengikut yang baik. Dalam konsep Quantum Leadership yang dipaparkan, setidaknya terdapat lima peranan utama dari seorang follower.

Pertama strategic implementor. Di sini pengikut berperanan sebagai pihak yang mengimplementasikan hal-hal yang strategis dalam kegiatan operasional organisasi sehari-hari.
Kedua, follower as the leader. Walaupun posisinya dalam organisasi adalah sebagai pengikut, namun ia juga melaksanakan kegiatan kepemimpinan. Misalnya, seorang pengikut juga harus mempunyai inisiatif, melakukan kegiatan pengambilan keputusan, dan lain sebagainya. Hal ini terjadi kerana dalam konsep quantum leadership terdapat pendelegasian tugas dari pemimpin kepada pengikutnya.

Ketiga, source of information. Pengikut berfungsi sebagai sumber informasi bagi pemimpinnya. Dalam bahasa pemasaran, hal ini biasa disebut sebagai “market intelligence”. Ia harus mampu mem-back up­ pemimpinnya sehingga pemimpin organisasi tidak ketinggalan informasi atas apa-apa yang terjadi di dalam ataupun di luar organisasi.

Keempat, feedback provider. Pengikut “wajib” menyediakan umpan balik bagi kegiatan yang dilakukan oleh pemimpin organisasi. Hal ini penting untuk menjaga agar organisasi berjalan di jalur yang benar.

Kelima, friend and partner. Sebagai pengikut, ia juga berfungsi sebagai teman dan wargakerja dari pemimpin. Tanpa adanya dukungan pengikut, mustahil pemimpin akan mampu membawa organisasi kepada keberhasilannya.

Terdapat pula konsep courageous followership yang dikemukakan oleh Ira Chaleff, yang mungkin sangat sesuai dengan budaya Barat, tetapi mesti dipertanyakan penerapannya di dalam budaya Timur. Ciri-cirinya adalah berani menyatakan apa yang benar, berani menyatakan apa yang salah, dan berani berkata pendapat yang lain. Bentuk dari courageous followership adalah the courage to assume responsibility, the courage to serve, the courage to challenge, the courage to participate in transformation, serta the courage to leave.

KAWAN Akhir zaman...

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang benar-benar sibuk
Dengan urusan baiki diri nya
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau di ketahui dunia ini hanya menipu daya..


Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bergelumang dengan majlis ilmu menafaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu menafaat
Yang ada kini hanya lah
Berbangga dengan ijazah yang menjela
Tapi ilmu fardhu Ain nya kosong belaka


Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Ahli profesyenal yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakan Islam di jiwa
Mengunakan profesyennya sebagai matlamat ke akhirat sana
Yang ada hanya ahli professional yang lalai dan leka
Yang hidup nya lebih barat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat


Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bersilaturrahim kerana tiada kepentingan
Yang berhubung hanya niat bertanya khabar
Yang ada hanya
Yang berkroni untuk mendapat projek yang sedia ada
Bersahabat untuk mendapat laba


Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui
Yang suka berbincang mengenai dosa-dosa sendiri
Yang menghidupkan ilmu yang ada
Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka
Yang ada hanyalah
Yang suka berbincang dosa-dosa orang lain
Yang menghidupkan ‘sunnah’ barat
Yang melupakan kehidupan akhirat


Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan masjid tempat pertemuan
Yang menjadikan program usrah tempat berkenalan
Yang ada hanya
Yang menjadikan komplek tempat membuang umur
Yang menjadikan disko dan pesta sebagai tempat berhibur


Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan sunnah sebagai hiburan
Menjadikan nasyid nyanyian harian
Menjadikan selawat ucapan kelaziman
Yang ada hanya
Artis di jadikan bahan pujaan
Nyanyian melalaikan dijadikan hiburan
Dianggap moden dan berketrampilan


Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang senantisa merasai mati itu sangat hampir
Yang senantiasa merasai jelingan Izrail
Menangis cemas mengenangkan saat kematian
Merintih sayu mengenangkan persediaan
Yang ada hanya
Yang panjang angan-angan
Mengumpul dunia kerja seharian
Seolah kematian itu sangat jauh
Seperti alam barzakh itu tidak ditempuh

Sunday, March 18, 2012

SEJARAH DAENG MEMPAWAH (HANG TUAH)

Ucapan salam keatasmu wahai tokoh alam ghaib, Wahai roh yang suci, Wahai pemimpin,
Wahai orang yang mulia, Wahai pengawas, Wahai wakil kerohanian, Wahai pasak bumi,
Wahai imam, Wahai Quthub, Wahai yang tidak memiliki tandingan, Wahai orang kepercayaan,
Semoga Allah s.w.t senantiasa mengirimkan salam keatasmu dunia dan akhirat;
Ya Allah, sampaikan Salam dan Solawatku kepada Kanjeng Junjungan Muhammad s.a.w,
Ya Allah, sampaikan Salam dan Solawatku kepada Khidhir a.s,


(Allahumma Solli Wa Sallim Min Ibnu Habibika As Syeikh Abdul Qadir Al Jailani Ila Kulli Waliyullah Fil Ghaib).
A. Hubungkait Merong Mahawangsa dan Raja Iskandar Zulqarnain
1. Merong Mahawangsa adalah daripada nasab keturunan Raja Iskandar Zulqarnain. Raja dari kerajaan Macedonia yang merupakan susur galur keturunan Nabi Sulaiman a.s.
2. Merong Mahawangsa mengamalkan ajaran agama dari Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Khidhir a.s. Raja Iskandar Zulqarnain telah berkahwin dengan anak Raja Kida Hindi iaitu Puteri Sharul Bariah semasa baginda sampai di utara India dalam misi memperluaskan jajahan dan pengaruh Empayar Rom di sebelah Nusantara Melayu. Hasil dari perkahwinan tersebut telah dikurniakan seorang putera yang diberi nama Raja Aristun Shah. Raja Aristun Shah kemudian berkahwin dengan anak raja Turkistan yang kemudiannya dikurniakan dengan seorang putera yang bernama Raja Aftus dan seterusnya susur galur tersebut berkembang sehingga ke Merong Mahawangsa.
3. Merong Mahawangsa adalah merupakan Raja Kedah yang pertama. Baginda telah pulang semula ke Rom setelah berjaya menunaikan beberapa tanggungjawab penting seperti:
3.1 Menabalkan putera sulungnya Raja Merong Mahapudisat menjadi Raja Siam yang pertama.
3.2 Menabalkan putera keduanya Raja Ganjil Sarjuna sebagai Raja Perak Gangga Negara yang berpusat di Beruas.
3.3 Menabalkan putera bongsunya Raja Seri Mahawangsa sebagai Raja Kedah yang kedua selepas kepulangannya.
3.4 Menabalkan puteri bongsunya sebagai Raja Patani yang pertama.
3.5 Menukar nama Negeri Langkasuka kepada Negeri Kalaha Kedah Zamin Turan.
4. Sejak dari zaman Raja Kedah II lagi, tradisi menghantar hadiah bunga emas dan perak kepada Raja Siam I telah dimulakan sebagai tanda rasa hormat kepada kekanda sulung baginda serta juga setiap kali Raja Siam mendapat cahayamata. Tradisi ini bukannya sebagai ufti dari negeri-negeri jajahan takluk sepertimana yang disalah anggap oleh sesetengah pihak untuk sekian lama.

B. Salasilah Raja-Raja Kerajaan Kedah Tua Keturunan Merong Mahawangsa:
1. Raja Kedah II bernama Raja Seri Mahawangsa.
2. Raja Kedah III bernama Sri Paduka Maharaja Durbar Raja yang memerintah pada tahun 1230 Masihi. Baginda telah memeluk Islam pada tahun 1236 Masihi melalui gerakan dakwah yang dibawa oleh Syeikh Abdullah bin Syeikh Ahmad bin Sheikh Jaafar Kumiri dari Negeri Shahir, Yaman yang sampai di Negeri Kalaha melalui Sungai Merbok. Baginda telah menukar nama Islam kepada Sultan Sulaiman Saidin dan menukarkan nama Negeri Kalaha kepada Negeri Kedah Darulaman.
3. Raja Kedah IV bernama Raja Syahibul Khalid Abdullah yang merupakan putera sulung Sultan Sulaiman Saidin.
4. Raja Kedah V dikenali sebagai Raja Seri Maha Inderawangsa. Baginda dikurniakan gelaran oleh Raja Siam sebagai Raja Ong Maha Perita Deria yang bergelar Raja Bersiong. Baginda telah diputerakan pada petang Jumaat tahun 1244 Masihi oleh bondanya Raja Alawiyah. Nama sebenar Baginda adalah Raja Syahibul Jauhar ibni Almarhum Raja Syahibul Khalid Abdullah yang mula memerintah pada tahun 1262 Masihi pada usia 18 tahun.
5. Raja Kedah VI adalah Raja Tengku Hisyam Badrol Halim yang memakai gelaran Siam sebagai Raja Phra Ong Mahapudisat, merupakan putera sulung Raja Bersiong yang menaiki tahta pada tahun 1321 Masihi. Beliau merupakan raja terakhir dalam salasilah keturunan Merong Mahawangsa.
6. Kelangsungan susur galur pemerintahan beraja Merong Mahawangsa berakhir pada takhta yang ke-enam pada tahun 1321 Masihi. Ianya berakhir apabila pemerintah kerajaan Majapahit waktu itu, Patih Gadjah Mada mengusir Raja Kedah VI dari tahta baginda kerana bimbang dengan pengaruh kerajaan Siam yang kuat lalu diganti oleh putera sulung kepada Raja Bharubhasa iaitu Raja Ibrahim dengan memakai gelaran Phra Ong Mahawangsa. Ditabalkan sebagai Raja Kedah VII bergelar Sultan Ibrahim Shah pada tahun 1321 Masihi. Kesinambungan Kerajaan Majapahit telah menyerap dalam sistem pemerintahan beraja Islam Kedah dan berterusan sehingga ke hari ini di bawah pemerintahan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

C. Keturunan Kerajaan Kedah Tua Merong Mahawangsa Berpindah ke Pulau Jawa:
1. Selepas diusir oleh Patih Gadjah Mada, Raja Kedah VI iaitu Raja Tengku Hisyam Badrol Halim dan isterinya Wan Kesumal Bariah Hidayah bersama adinda lelakinya Raja Shuib Halim Shah serta kaum keluarganya telah berpindah ke Bukit Ambun berhampiran Tasik Pawajanggi, Jawa Barat, Indonesia. Tempat itu sekarang dikenali sebagai Purwakarta yang terletak di tenggara bandaraya Jakarta. Pasangan Raja Kedah VI yang berpindah ini kemudiannya dikurniakan dengan tiga orang cahayamata di mana salah seorang daripadanya adalah Tunku Pengiran Adnan Shah yang telah mengasaskan salasilah keturunan pemerintahan kerajaan berdaulat di Brunei Darussalam sehingga ke Sultan Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah sekarang ini.
2. Antara yang mengiringi baginda ke Tanah Jawa adalah Raja Long Alwi iaitu anak saudara Raja Bersiong yang masih bujang. Raja Long Alwi kemudiannya berkahwin dengan puteri raja dari Pulau Jambi iaitu Raja Halimah Saadiah binti Raja Baharuddin Iskandar dan dikurniakan tiga orang cahayamata. Raja Baharuddin Iskandar asalnya juga dari Kedah sebelum berhijrah ke Pulau Jambi. Hang Tuah telah menikahi sepupu Raja Halimah Saadiah iaitu Raja Maznun Mazni yang merupakan isteri pertama Hang Tuah. Hang Tuah dan isteri tetap tinggal di Kedah dan tidak ikut serta dalam perpindahan tersebut.
3. Puteri bongsu kesayangan pasangan baginda Raja Bersiong dan permaisurinya Tuan Puteri Kesuma Bidasari diberi nama Puteri Bongsu Haidatul Hidayah yang mempunyai rupa paras sangat rupawan tetapi terdapat kecacatan fizikal iaitu agak tempang sedikit bila berjalan. Beliau telah mengikut datuk saudaranya Sultan Muhammad ibni Almarhum Sultan Sulaiman Saidin memerintah kerajaan Lukut I hingga ke anak cucu.

D. Sejarah Laksamana Hang Tuah dan Para Sahabatnya

D.1 Riwayat Hidup:

1. Nama Sebenar Hang Tuah adalah Daeng Merupawah atau Daeng Mempawah, iaitu anak kepada Raja yang pernah memerintah Daerah Bajung (ejaan sebenarnya adalah Daerah Bajeng, Gowa, Makassar). Hikayat Sulatus Al Salitin bertulisan jawi dengan ejaan ‘Ba Alif Jim Nga’ menyebabkan sebutannya menjadi Bajung. Tidak pernah wujud Daerah Bajung di Makassar atau Gowa tetapi yang ada hanyalah Daerah Bajeng, di Gowa, Makassar.

2. Hang Tuah telah dilahirkan pada tahun 1388 Masehi. Ini kerana mengikut riwayat, usia Hang Tuah pada tahun 1400 Masehi adalah 12 tahun. Pada usia tersebut beliau telah berjaya membunuh 2 orang yang mengamuk di Bajeng.

3. Kesultanan Gowa:

3.1 Tumanurunga (1300 Masehi)
3.2 Tumassalangga Baraya
3.3 Puang Loe Lembang
3.4 Tuniatabanri
3.5 Karampang ri Gowa
3.6 Tunatangka Lopi (1400 Masehi)
3.7 Batara Gowa Tuminanga ri Paralakkenna
3.8 Pakere Tau Tunijallo ri Passukki
3.9 Daeng Matanre Karaeng Tumapa'risi' Kallonna (1500 Masehi)

4. Seri Bija Pikrama dan Tun Sura Diraja, dari Melaka telah datang ke Makassar dan berjumpa dengan Raja Gowa (Batara Gowa Tuminanga Ri Paralakkenna). Raja Gowa menyambut baik kedatangan Seri Bija Pikrama dan ingin mengirim sesuatu kepada Sultan Mansur Syah sebagai balasan dari kunjungan tersebut. Seri Bija Pikrama menyatakan bahawa Sultan Mansur gemar mengumpul anak anak muda yang memenuhi syarat syarat tertentu untuk dijadikan pahlawan negeri Melaka. Mendengarkan hal itu, Raja Gowa telah menyuruh orangnya mencari anak muda seperti yang dikehendaki dan menepati syarat syarat yang telah ditetapkan untuk dibawa dan dijadikan pahlawan Melaka.

5. Kisah Hang Tuah membunuh 2 orang yang mengamuk di Bajeng sewaktu berusia 12 tahun telah mendapat perhatian Raja Gowa. Hang Tuah telah terpilih untuk menyertai rombongan ke negeri Melaka.

6. Sultan Mansur Syah, sebelum pemilihan Hang Tuah, telah ada 8 orang anak anak muda yang menepati dan memenuhi syarat syarat yang telah ditetapkan untuk dijadikan pahlawan pahlawan Melaka. Mereka adalah;

6.1 Hang Jebat
6.2 Hang Kasturi
6.3 Hang Lekir
6.4 Hang Lekiu
6.5 Hang Ali ( Tun Bija Sura@Tun Ali@Tok Bongkok)
6.6 Hang Iskandar
6.7 Hang Hassan
6.8 Hang Hussin

7. Ketua kepada mereka bersembilan ini adalah Hang Ali@Tun Bija Sura. Hang Ali diberikan jawatan Bendahara Tun Ali sewaktu pemerintahan Sultan Mansur Shah.

8. Hang Tuah dikatakan melebihi kesemua yang lain didalam ilmu dan kepandaian persilatan. Hang Tuah telah diberikan oleh Sultan Melaka sebilah keris bernama Terupa Melaka semasa sampai di Melaka. Beliau telah banyak berguru kepada hulubalang hulubalang di Melaka.

9. Dalam lingkungan usia antara 25 dan 26 tahun, Hang Tuah telah mengahwini Raja Maznun Mazni binti Raja Azman Shah yang merupakan sepupu kepada isteri Raja Long Alwi. Raja Long Alwi adalah anak saudara kepada Raja Bersiong dan merupakan putera sulung kepada adinda Raja Bersiong iaitu Raja Zulkarnain ibni Almarhum Raja Syahibul Khalid Abdullah. Tujuan pernikahan ini adalah untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan Hang Tuah dengan kerabat diraja Kedah ketika itu.

10. Perkahwinan kedua Hang Tuah adalah dengan Raja Intan Maimunah binti Raja Ibrahim Malik yang merupakan anak saudara kepada Wan Malini. Keturunan isteri keduanya juga berasal dari Kedah tetapi sudah lama menetap di negeri Kelantan serta ada yang telah berkahwin dengan kerabat diraja Kelantan.

11. Keturunan Hang Tuah:

11.1 Anak dari isteri pertama Tun Sendari (Adik Tun Bija Sura @ Tok Bongkok):

1. Tun Sirah (perempuan) kahwin dengan Maulana Sayyid Fadillah Khan bin Maulana Patakan Ismail bin Maulana Sayyid Barkat Nurul Alam bin Maulana Sayyid Husin Jamadil Kubra. Nama lain nya Laksamana Temenggung Khoja Hassan atau Tubagus Pasai atau Falalten atau Raden Hidayat

Cucu dari isteri pertama
1. Tun Abdullah (Lelaki)
2. Tun Biajid (Lelaki)
3. Tun Daerah (Perempuan) - Berkahwin dengan Sultan Mahmud Syah

Cicit dari isteri pertama
1. Raja Dewi binti Sultan Mahmud Syah
11.2 Anak dari Isteri Kedua Tun Ratna, adik Tun Perak Dari keluarga Bendahara Paduka Raja:
1. Tun Guna (Lelaki)
2. Tun Emas Jiwa@ Tun Mas Dewi (Perempuan) - Berkahwin dengan Hang Nadim bin Hang Jebat melahir kan Tun Hamzah , beranak kan Tun Mat Ali yang bergelar Datuk Seri Bertam.
Cucu dari isteri kedua
1. Tun Mat Ali Hang Nadim

Cicit dari isteri kedua
1. Tun Hamzah Tun Mat Ali

Piut dari isteri kedua
1. Tun Ali Tun Hamzah - Tun Ali bergelar Datuk Seri Bertam
12. Hang Tuah meninggal dunia setelah sekembalinya Hang Nadim dari perjalanan ke Benua Keling. Hang Tuah telah dimakamkan di Tanjung Keling, diMelaka. Pengganti jawatan Laksamana adalah menantunya sendiri, Temenggung Khoja Hassan.

D.2 Sumber Rujukan:
1. Hikayat Sulatus Al –Salatin karangan Tun Muhammad atau Tun Seri Lanang pada tahun 1612 Muka surat 104. Pada masa kini terdapat beberapa versi antaranya versi Winstedt dan versi Shellabear.

2. Naskah Raffles Malay 18 masih tersimpan di Royal Asiatic Society, London atau Sulatus al-Salatin Cod. Or. 1704 yang tersimpan di Universiti Leiden, Belanda

3. Buku "Amando Cortesao - The Suma Oriental of Tome' Pires", Pires adalah seorang Portugis yang berada di Melaka semasa Portugal menyerang Melaka pada 1511, beliau menyatakan "Kalaulah Hang Tuah masih ada di Melaka, Portugis tidak akan berani menyerang".

4. Buku "A. Kobata and M. Matsuda - Ryukyu relations with Korea and south sea countries" A. Kobata telah merujuk kepada kepada catatan bernama "Rekidai Hoan" yang telah ditulis dan disusun pada 1697 oleh Raja kepulauan Ryukyus yang mana didalam catatan tersebut ada menyebut mengenai keberanian Hang Tuah yang telah masuk kepelabuhan di Kemboja semasa perang saudara sedang berlangsung diketika itu untuk mengambil air minuman dengan menggunakan perahu layar kecilnya.

Sumber diambil daripada: FaceBook: Ustaz Wan Kamarulzaman (PSSGSM)


Thursday, March 1, 2012

Siapa Panglima Lidah Hitam

Panglima Lidah Hitam atau nama sebenarnya Baginda Zahiruddin dipercayai berasal dari Padang Pariaman, Minangkabau Pulau Sumatera Indonesia. Makam beliau boleh dijumpai di Kampung Parit Sakai Jalan Joned Muar. Pada bumbung makam ini jelas tertulis "PANGLIMA LIDAH HITAM, BAPAK SENI SILAT LINTAU DI MALAYA". Menurut sejarah, beliaulah orang yang pertama memperkenalkan silat Lintau di Indonesia dan seterusnya ke Semenanjung Tanah Melayu pada abad ke 16.

Menurut ceritanya lagi dalam perjalanan beliau ke Mekah untuk menunaikan haji, beliau telah singgah di Padang (nama asal kawasan Parit Sakai hingga ke Parit Jamil). Memandangkan cuaca agak buruk dan sementara menantikan angin yang baik beliau singgah agak lama di Padang. Di Padang beliau bertemu Orang kaya Bauk, pemerintah Padang waktu itu. Orang kaya Bauk meminta pertolongan beliau mengajar seni silat Lintau kepada anak-anak muda di situ kerana beliau sangat handal dalam seni ini. Kebetulan pada waktu itu angkara lanun yang bermaharajalela di Selat Melaka. Oang kaya panglima Bauk meminta kerjasama Panglima Lidah Hitam untuk menghapuskan lanun-lanun ini.

Pada tahun 1716, satu pertempuran hebat telah berlaku di muara sungai Muar diantara Angkatan Padang dengan lanun-lanun berlanjutan selama beberapa hari. Akhirnya angkatan Padang berjaya menumpaskan sebahagian besar dari lanun-lanun. Namun di akhir pertempuran kapal yang dinaiki Panglima Lidah Hitam berjaya dikaramkan oleh saki baki lanun. Beliau dan beberapa pengiringnya telah lemas. Kematian beliau tidak disedari oleh pengikut-pengikutnya kerana sibuk bertempur.

Sehinggalah setelah beberapa hari tamat bertempur, seorang penduduk Parit Sakai telah ternampak dua mayat terapung tersangkut pada pokok Tuak di kuala parit tersebut. Memandangkan hari telah senja, mayat-mayat itu dibiarkan saja terapung. Pada keesokan pagi, barulah orang-orang kampung datang membawa mayat-mayat tersebut ke darat. Satu daripada mayat itu mempunyai lidah yang panjang berwarna hitam dan berbulu. Anehnya mayat ini tidak busuk dan reput walaupun sudah beberapa lama berada di dalam laut.

Mayat yang berlidah hitam itu telah dimakamkan di tepi Parit Sakai. Setelah dimakamkan satu perkara ganjil telah berlaku pada keesokkan hari. Satu tumbuhan batu telah timbul di atas kedudukan kepala makam tersebut yang berbentuk lidah dan berwarna hitam cerah. Apabila malam bulan purnama, batu itu akan bertukar warna menjadi hitam pekat.Oleh sebab keganjilan berlaku di makam itu, ia telah dianggap keramat oleh penduduk-penduduk di situ dan dipanggil "KERAMAT LIDAH HITAM".