Mengandungi variasi info2 yang menarik perhatian aku, yang aku ambil "Potong dan Tampal" dari pelbagai sumber alam cybermaya untuk aku kongsikan bersama korang, Agar info2 ini dapat kita sama-sama renungi,pelajari dan dijadikan Iktibar,Teladan dan Rujukan...
Wednesday, November 24, 2010
Tuesday, November 23, 2010
Punca Anak Derhaka...Dan Bagaimana mendidiknya..
Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah...
"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...
DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.
BERTAUBAT SEBELUM MELARAT Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.
Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."
HUBUNGAN DENGAN BAPA Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."
USAH DERHAKA KEPADA MENTUA Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.
Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.
Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers Adalah mudah iaitu:-
Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.Tips;
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan). 2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk) 3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran) 4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya). 5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga
(Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali). 7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. 8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang.
Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap) 9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya . 10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya. 11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain). 12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali. 13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka .
Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri. 14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka. 15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian. 16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam, 17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. 18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. 19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. 20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

Pengajaran dari Kes Histeria

Cerita ini aku copy and paste...sebab bagus untuk aku dan kau..sebagai hamba Allah.
Anda ingat lagi kes ini?
OGOS 2009 , ia menandakan sudah sebulan aku mengikuti perkembangan masalah histeria melibatkan lebih 30 pelajar di sebuah sekolah di semenanjungtanah air (maaf, tak perlu sebut nama tempat. saya tidak mahu lokasi saya dan SHAHi dikesan 'sesetengah orang'). Masalah itu bermula sejak April 2009 danterus berlarutan sehingga Ogos tanpa penyelesaian serta penjelasan yang kukuh.Malah, ia berlaku setiap hari.
Pelbagai teori muncul dari mulut penduduk-penduduk setempat dalam menghuraikan punca sebenar masalah itu tercetus. Guru-guru juga tidak terlepas daripada mengutarakan teori-teori mengenai punca terjadinya serangan histeria di sekolahitu.
Aku pula yang selalu hadir memantau bagi mendapatkan bahan berita di sekolah itu juga tidak terlepas daripada membuat tanggapan terhadap punca berlakunya histeria itu. Tanggapan yang aku buat pula hanya bersandarkan kepadateori-teori penduduk setempat dan guru-guru sekolah itu.
Disebabkan selalu sahaja berita mengenai kejadian itu tersiar di dada akhbar,nama aku mula menjadi tumpuan sejumlah bomoh, pengamal perubatan tradisional,pakar psikologi, pakar psikiatri dan pakar perubatan alternatif. Mereka semua tidak putus menghubungi aku, ada yang mahu menghulurkan bantuan kepada pelajar sekolah malangitu, ada pula yang hanya sekadar mahu tahu cerita sebenar dan ada pula bomoh palsu yang hanya mahu mempergunakan aku untuk meraih glamer di dada akhbar.
Bahkan, ada juga seorang psikik dari Indonesia yang datang menemui aku untuk menghulurkan bantuan kepada pelajar mangsa histeria di sekolah itu. Psikik itu ternyata seorang psikik, aku sudah mengujinya dengan modul aku sendiri.Namun, dia juga tidak berjaya memulihkan keadaan di sekolah itu. Histeria terus berlarutan.
Sepanjang memantau keadaan di sekolah itu, aku sempat menemui beberapa pelajar untuk ditemubual sebagai responden berita. Melalui temubual itu,pelajar-pelajar memberitahu aku bahawa mereka ternampak beribu-ribu makhluk hitam merayap di atas tanah, di lantai bilik kelas, di atas siling, di papan hitam dan sebagainya.
Ada pula yang besar setinggi bangunan tiga tingkat, ada yang kecil, ada yang seperti budak,ada seperti perempuan, ada juga seperti lelaki, semua makhluk itu berwajah hodoh. Ada juga seperti seorang ‘nenek’ yang gemar memanjat di belakang pelajar sekolah itu sehingga menyebabkan mereka terbongkok-bongkok menampung beratnya makhluk seperti nenek itu. Nenek itu sangat gemar menunggang manusia.
Malah pelajar sekolah itu turut beritahu aku bahawa mereka pernah mengadakan majlis bacaan Yassin dan doa selamat di sekolah itu untuk memohon perlindungan Allah daripada gangguan makhluk halus. Menurut seorang pelajar perempuan yang menceritakan perkara itu kepada aku, dia beritahu bahawa dia didatangi‘nenek’ tadi semasa sedang membaca Yassin. Nenek itu sedikit pun tidak gentar dengan bacaan al-Quran. Nenek itu dengan wajah bengis membisikkan ke telinga pelajar itu: “La ila, La ila, La ila..” yang bermaksud‘Tiada tuhan, tiada tuhan, tiada tuhan..” sebanyak berkali-kali dengan suara menakutkan. Pelajar itu ketakutan ketika tiada siapa melihat perkara yang dia sedang lihat ketika itu. Dia kemudian diserang histeria ketika majlis doa selamat itu.
Namun, kisah itu tidak aku laporkan dalam laporan akhbar kerana berasa kekok untuk menceritakan semuanya dengan terperinci. Kini, dengan ikhlas aku laporkepada pembaca blog ini semua.
Pelbagai usaha sudah dilakukan untuk menamatkan episod histeria di sekolah itu,sudah berpuluh-puluh juga bomoh dan pengamal perubatan tradisional datang tampil untuk membantu tetapi gagal. Pada masa yang sama juga, berpuluh-puluh lagi menelefon aku untuk menyatakan mereka mahu menghulurkan bantuan. Kemudian setiap panggilan telefon seterusnya, aku minta mereka berhubung terus dengan pengetua sekolah. Aku sudah penat melayan mereka semua kerana aku juga ada tugas lain yang harus disempurnakan.
Kemudian pada September, seorang alim dari Perak menghubungi aku. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Pak Ku (bukan nama sebenar) dan menyatakan kesediaannya untuk membantu pelajar sekolah itu menyelesaikan masalah histeria.Katanya, dia bukan pengamal perubatan, dia juga bukan bomoh, dia hanya mahumembantu. Keikhlasannya terpancar jelas walaupun kami hanya bercakap melalui telefon pada ketika itu. Aku setuju, kemudian aku menghubungi pengetua sekolah itu dan menyatakan niat murni Pak Ku.
Selang dua hari selepas itu, Pak Ku tiba di sekolah itu dan mahu berjumpa dengan aku untuk menyatakan terima kasih atas bantuan yang aku berikan. Aku tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah itu untuk melihat proses pengubatan yang dilakukan Pak Ku. Aku hanya menunggu dari luar pagar.
Aku ingin melihat, lalu aku telefon pembantu Pak Ku menggunakan Video Call 3Gdan aku menyaksikan pengubatan yang dilakukan Pak Ku. Biasa saja kaedahpengubatan Pak Ku, tak ada yang istimewa. Hanya sekadar membaca ayat al-Quran dan menghembus pada segelas air, lalu dipercikkan ke ubun-ubun pelajar yang terkena histeria.
Beberapa jam kemudian ketika aku sedang duduk di luar pagar sekolah, aku lihat Pak Ku mengekori seorang pelajar perempuan yang sedang dalam keadaan histeria(sampuk). Budak perempuan itu membawa Pak Ku ke satu kawasan dan menuding jari ke arah satu sudut. Kemudian dari jauh aku lihat Pak Ku berubah menjadi sedikitterkejut dengan benda yang ditunjukkan budak perempuan itu kepadanya. Pak Ku membacasesuatu dan menyapu kepala budak itu dengan air, budak itu rebah dan kemudian dipapah guru-guru wanita. Budak perempuan itu adalah murid terakhir yang disembuhkan pada hari itu.
Pak Ku kemudian bertemu semua ibu bapa pelajar berkenaan dan menyampaikan pesanan mengenai cara mengelak anak mereka ‘diserang’ lagi pada masa akan datang. Apabila kelihatan seperti selesai semuanya, Pak Ku melangkah keluar dari pagar sekolah dan bertemu dengan aku.
“Dah beres ke Pak Ku?” aku tanya. “Belum. Malam ini, Pak Ku nak hang ikut Pak Ku. Itu pun kalau hang tak ada urusan lain malam ni.” kata Pak Ku dalam dialek Perak Utara. “Insya-Allah. Lagipun isteri dan anak saya ada di kampung hari ni. Boleh saja nak ikut Pak Ku, tapi pukul berapa nak jumpa?” aku balas. “Kita jumpa solat Maghrib sama-sama nanti di masjid depan tu.” kataPak Ku.
Menjenguk dari luar tingkap
Malam itu selepas selesai solat Maghrib, Pak Ku berpesan kepada aku supaya menjaga wuduk supaya tidak terbatal. Pak Ku juga berpesan supaya aku berniat dalam hati untuk terus pergi ke masjid untuk menunaikan Isyak apabila tiba waktu.
Pak Ku membawa aku ke belakang sekolah itu, dia duduk di sebelah kanan aku dan pembantunya di sebelah kiri aku.
“Pak Ku nak tunjuk satu perkara kat hang. Tapi Pak Ku pesan, jangan langkah ke depan atau ke belakang. Tetap berdiri tegak, jangan bergerak-gerak.Banyakkan bertasbih dan jadikan hati tak sabar nak menunaikan Isyak pula selepas ini.” pesan Pak Ku.
Aku mengangguk tanda faham walaupun aku sebenarnya kurang faham tujuan Pak Ku.Kemudian Pak Ku membaca ayat-ayat suci al-Quran dan diakhir i‘sodaqollah-hul-azim’. Pak Ku kemudian melafazkan:
“Kamu juga makhluk Allah. Kami juga makhluk Allah, tapi kami khalifah yang beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya,kitab-kitab-Nya dan semua janji-janji-Nya. Aku berserah kepada Allah, Maha pencipta yang menciptakan ‘kamu’ dan kami. Perlihatkan anak Adam ini dengan dunia kamu, dengan kalimah La-ila-ha-illallah.” Lafaz Pak Ku.
Selepas kata-kata itu dilafazkan, terlihat seperti ada tingkap. Semakin lama,semakin luas bukaannya. Aku lihat ada perempuan cantik menanggalkan pakaiannyasatu persatu di depan mataku. Kemudian aku sayup-sayup terdengar suara Pak Ku berulang kali memesan ‘jangan melangkah walau setapak’. Terdengar suara Pak Ku begitu jauh sekali walaupun hakikatnya Pak Ku hanya duduk beberapainci di sebelahku.
Aku lihat ada dunia di belakang wanita itu. Ramai juga dayang-dayangnya yang cantik-cantik. Adajuga ular jinak berlingkar-lingkar di kaki wanita yang sudah tidak berpakaian itu. Aku tetap berpegang kepada pesanan Pak Ku, jangan bergerak walau setapak.
Kemudian aku terdengar suara wanita itu seperti dia berbisik ke telingaku walaupun bibirnya sedikit pun tidak bergerak: “ Kamu manusia yang menginginkanku, aku berikan segala yang kamu mahu, melangkahlah ke arah ku ,” itu bisikan yang menyusup deras ke pangkal jiwa, sekadar yang aku masih ingat.
Perlahan-lahan, wajah wanita muda itu bertukar hodoh. Ular jinak tadi pula semakin ganas seperti mahu membaham aku.
Sayup-sayup, aku terdengar satu suara seperti memanggil-manggil jiwaku. Suara itu sebati dengan niatku sebelum itu. Tingkap itu terus tertutup sedikit-demi sedikit, sempat juga terlihat ‘anak-anak kecil’ berlari menyusup masuk ke tingkap yang sedang tertutup itu. Terasa belakangku ditepuk, aku dengar suara Pak Ku membisikkan dua kalimah syahadah di telingaku. Kemudian,aku terasa seperti terjaga daripada lena.
Pak Ku kemudian membaca sesuatu dan melontar beberapa ketul batu bersama pembantunya ke arah kawasan yang aku menghadap tadi.
“Jom kita pergi sembahyang Isyak,” itulah peringatan Pak Ku sebaik aku ‘terjaga’.
Selesai solat Isyak, Pak Ku menceritakan perkara sebenar kepada aku.Menceritakan mengenai perkara yang aku lihat sebentar tadi tetapi tidak faham.
“Pak Ku suruh hang jaga wuduk supaya hang tak disentuh makhluk tadi. PakKu suruh hang kuatkan azam untuk tunaikan solat Isyak supaya azan Isyak yang hang dengar tadi itu dapat panggil jiwa hang daripada terus terbuai dengan godaan syaitan. Niat untuk tidak mahu tinggalkan waktu Isyak itulah yang menguatkan jiwa hang.
“Jiwa hang terpanggil oleh azan tadi disebabkan hang niat nak solat dengan ikhlas. Syaitan tak mampu goda manusia kalau manusia tu ikhlas. Itu senjata kita” kata Pak Ku.
“Yang tadi tu syaitan?” aku tanya.
“Ya. Itu syaitan yang sangat benci manusia dan selalu mahu menyesatkan manusia. Dia (syaitan) berusaha untuk goda dengan cara tadi (menjelma wanitaberbogel) sebab dia tahu isteri hang tak ada di rumah. Sebab dia tahu hang rindu isteri hang.
“Tapi mujur hang tak melangkah walau setapak. Sebab kalau hang melangkah walau setapak tidak kira ke depan atau ke belakang pada masa tu, hang akanmelangkah masuk ke dunia ‘dia’. Kita manusia ni dilarang masuk kedunia dia (syaitan). Yang hang tengok tadi cuma dari luar pintu. Hang tak masukpun dalam dunia tu.,” kata Pak Ku.
“Tapi, kenapa Pak Ku buat macam tu. Saya tak mintak pun Pak Ku tunjuk semua tu kat saya,” aku menyoal.
“Pak Ku buat macam tu sebab Pak Ku nak bagi peluang hang tengok apa yang sebenarnya ada di belakang sekolah ni. Sebab Pak Ku yakin, hang takkan melangkah masuk. Atas sebab tu Pak Ku bagi peluang kat hang,” kata Pak Ku.
“Sebelum saya sedar tadi, ada ‘benda’ macam budak-budak kecilberlari masuk ke situ. Apa benda tu? Lepas tu, apa yang Pak Ku lontar batu?” aku tanya lagi.
“Itu juga syaitan, jin. Lontar batu tu sebagai tanda benci kepada syaitan, tapi tak sama macam melontar di Mekah. Lontar tu sebagai amaran supaya dia jangan ganggu anak Adam lagi. Makhluk-makhluk kafir tu lari masuk ke dunia dia selepas dengar azan Isyak. Pak Ku pilih waktu antara Maghrib dengan Isyak sebab waktunya pendek. Kalau Pak Ku ambil waktu antara Isyak dengan Subuh, itu nampaknya hang kena tahan godaan dalam tempoh yang lama. Lagi pula kalau wudukterbatal antara waktu yang panjang tu, maka lagi senanglah dia nak goda.
“ Pak Ku buat ni sebab dapat rasa yang hang ni susah nak percaya kat bomoh-bomoh tipu yang hanya nak ambik kesempatan atas hang untuk glamer di surat khabar.. Pak Ku buatni sebagai nak bagi hadiah atas kesudian hang bagi peluang kat Pak Ku untuk tolong budak-budak ni. Terima kasih sebab percaya dengan niat Pak Ku. Tak perlu tulis cerita Pak Ku cuba ubati budak-budak sekolah ni dalam surat khabar,” jelas Pak Ku.
Kemudian Pak Ku beritahu aku, dia tidak mengubat orang. Dia hanya mahu menolongbudak-budak sekolah itu yang mahu belajar dan terganggu setiap kali ada kejadian histeria. Dia tidak pandai mengubat orang, dia hanya ‘menyuruh benda itu’ balik ke dunia mereka. Itu saja. Kata Pak Ku, dia tidak pandai mengubat saka, dia juga tidak pandai mengubat santau, tetapi dia boleh melihat dan berunding dengan makhluk-makhluk itu. Tetapi juga, dia hanya bolehberunding dengan makhluk-makhluk halus yang tidak ada perjanjian dengan manusia. Aku sukar mempercayainya, tetapi Pak Ku sudah buktikan kepada aku. Itu kelebihan yang Pak Ku ada.
Kes selesai
Seminggu kemudian, masalah histeria itu berakhir. Jika ada yang tertanya-tanya bagaimana isu histeria di sekolah itu berakhir, Pak Ku lah orang yangmenamatkannya dengan izin Allah. Aku pula sudah tidak perlu lagi berulang-alik ke sekolah itu untuk melapor berita yang aku sudah bosan menulisnya setiaphari. Aku sudah boleh memberi tumpuan kepada berita-berita lain terutama beritajenayah yang sangat aku suka tulis.
Pengalaman itu juga membuktikan bahawa AZAN mempunyai kuasa dalam mensejahterakan jiwa. WUDUK juga mempunyai kuasa sebagai perisai pertahanandiri daripada godaan syaitan. NIAT yang mahu ke jalan Allah juga mempunyai kuasa yang akan menjadikan jiwa sebati dengan segala suruhan-NYA. Semua itu akan berkoordinasi dengan harmoni dalam tubuh manusia, menjadikan kita sedar tujuan kita diciptakan. Aku sudah merasainya, tapi sukar untuk aku buktikannya.
Sekali lagi, tidak ada bukti logik dalam perkara kuasa azan, wuduk dan niat.Tetapi, suara azan lah yang memanggil jiwa aku supaya sedar dengan niat aku sebelum itu. Ketika azanlah aku melihat ada ‘anak-anak’ berlari menyusup masuk ke alam itu. Aku juga tidak paksa pembaca semua percaya, mungkin ada yang kata ini hanya cerita karut. Jika karut bagi anda, maka terpulanglah. --
Jangan pernah takut setiap kali melihat syaitan, jin atau hantu…makhluk-makhluk itu akan tersenyum bangga apabila mengetahui manusia berasa lebih takut kepada mereka melebihi rasa takut kita kepada Allah.
Hanya takut kepada Allah…
Subscribe to:
Posts (Atom)